MASJID RAYA BANDUNG DESTINASI PELANCONG -Gie Holiday

Gie Holiday

Fantastic Holiday

Masjid Raya Bandung

masjid raya bandung
Masjid Raya Bandung

Masjid Raya Bandung

MASJID RAYA BANDUNG

Satu tempat Pelancongan Bandung lama tapi penampilan baru di bandung, Masjid Raya Bandung Jawa Barat sebelumnya bernama Masjid Agung didirikan pertama kali pada tahun 1812.. Masjid Raya Bandung  ini pada mulanya dibina dengan bentuk bangunan panggung tradisional yang mudah, bertiang kayu, berdinding anyaman buluh, beratap rumbia dan dilengkapi sebuah kolam besar sebagai tempat mengambil air wudhlu. Air kolam ini berfungsi juga sebagai sumber air untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan Alun-Alun Bandung pada tahun 1825

Masjid Raya Bandung , seperti yang kita lihat sekarang, terdapat dua menara kembar di sisi kiri dan kanan masjid setinggi 81 meter yang sentiasa dibuka untuk umum setiap hari Sabtu dan Ahad. Bumbung masjid diganti dari atap joglo menjadi satu kubah besar pada bumbung tengah dan yang lebih kecil pada atap kiri-kanan masjid serta dinding masjid Raya Bandung terbuat dari batu alam berkualiti tinggi. Kini luas tanah keseluruhan masjid adalah 23.448 m² dengan luas bangunan 8.575 m² dan boleh menampung kira-kira 13,000 jemaah.

Masjid Raya Bandung berada di Alun-alun Bandung dekat ruas Jalan Asia-Afrika, pusat bandar Bandung. Lokasinya yang berada di pusat bandar menjadikan ia begitu mudah untuk dijumpai. Tak jauh dari masjid ini, di ruas jalan yang sama berdiri megah Gedung Merdeka dan Hotel Preanger, dua bangunan yang begitu lekat dengan sejarah Persidangan Asia-Afrika tahun 1955. Ruas jalan antara Hotel Savoy Homann dan Bangunan Asia-Afrika ini menjadi saksi bisu perjalanan para pemimpin negara negara Asia Afrika yang berjalan kaki dari Hotel Homman tempat mereka menginap ke lokasi konfrensi di Gedung Asia Afrika termasuk untuk solat di Masjid Raya Bandung dan sebaliknya.

masjid raya bandungmasjid raya bandungSekarang ini Mesjid Raya Bandung selain digunakan sebagai pusat keagamaan digunakan juga sebagai kawasan untuk bersantai bersama keluarga, teman kerana keindahan bangunan ditunjangi dengan laman luas 

dari rumput sintetik dan bunga-bunga khas yang menjadikan tempat ini menjadi salah satu tempat kegemaran untuk menghabiskan masa sekaligus taman bandar di tengah-tengah bandar bandung

Untuk Melawat tempat ini sebenarnya cukup Mudah anda Tinggal Menggunakan Sewa Kereta Bandung ataupun Ketika Anda Menggunakan Jasa Pakej Percutian Bandung Masjid Raya Bandung dekat Dengan Hotel Kumala Bandung yang Selalu kita Pakai untuk Pakej dari kami

Sumber: Pelbagai sumber.


CONTACT FAST RESPONSE

WHATSAPP +6287721397816

EMAIL : agisupala@gmail.com

Guest Book

pakej jimat bandung

PAKEJ JIMAT BANDUNG

PAKEJ JIMAT BANDUNG Masih merencanakan Percutian Group,Keluarga anda?Gieholiday Hadir dengan Pakej jimat Bandung dengan empat hari tiga malam cocok untuk anda dan group menghabiskan waktu percutian dengan harga jimat dan kepuasaan berlibur Aktifiti akan disesuaikan sesuai dengan minat Group anda,kami hany akan memberikan itinerary sebagai garis besar,Hari pertama. Tim kami

Menu

Archives